TERMA DAN SYARAT MENJADI DROPSHIP BYFATINSUHANA

 

SYARAT- SYARAT MENJADI DROPSHIP BYFATINSUHANA


Kepada pelanggan yang berminat menjadi DROPSHIP BFS, dibawah berikut adalah beberapa syarat sebagai dropship BFS:-

 

  1. YURAN PENDAFTARAN: RM50 sekali seumur hidup
  2. Setiap item yang terjual, anda akan mendapat KOMISEN sebanyak RM3-10 setiap item. Setelah pendaftaran selesai, semua harga untuk setiap item automatik akan mendapat diskaun untuk harga dropship.
  3. Semua gambar dan details akan diberikan melalui channel Telegram atau email.
  4. Semua dropship dikehendaki mempunyai applikasi TELEGRAM bagi memudahkan untuk perkongsian maklumat dan gambar.
  5. DROPSHIP perlu mendaftar dengan mengisi maklumat yang diperlukan. Yuran pendaftaran DROPSHIP Byfatinsuhana adalah sebanyak RM50.00 untuk mendapatkan “ID” Dropship.
  6. Yuran ini dikenakan hanya sekali seumur hidup dan tidak akan dikembalikan sekiranya anda menarik diri. Pembayaran boleh dibuat ke akaun rasmi BYFATINSUHANA.
  7. Harga mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Mohon dropship rujuk terlebih dahulu harga di laman web rasmi www.BYFATINSUHANA.com.my.
  8. “ID” hanya boleh digunakan oleh pemegang akaun sahaja. Tidak boleh ditukar milik.
  9. Sekiranya dropship mempunyai blog / laman sosial yang digunakan untuk tujuan promosi produk BYFATINSUHANA, sila maklumkan pada kami.
  10. Dropship wajib mempunyai smartphone untuk tujuan promosi menggunakan aplikasi laman sosial seperti “whatsapp”, “telegram”, mempunyai email, facebook dan instagram dan email.
  11. Sebarang gambar/video untuk tujuan pemasaran, akan dibekalkan oleh pihak BYFATINSUHANA melalui TELEGRAM BFSCATALOGUE.
  12. Dropship BYFATINSUHANA harus memastikan gambar/video yang dipamerkan di mana- mana laman sosial adalah berkualiti dan menutup aurat dengan sempurna bagi memastikan produk BYFATINSUHANA adalah patuh syariah.
  13. Ketika membuat pesanan, dropship perlu mengisi maklumat NAMA, ALAMAT, dan NO TELEFON pelanggan sebelum ‘CONFIRM ORDER’.
  14. Buku panduan manual penggunaan website akan diberikan melalui email setelah pendaftaran dropship selesai.
  15. Barang hanya akan dihantar setelah pembayaran selesai.
  16. BYFATINSUHANA tidak akan menanggung kos penukaran, dan sebarang urusan penukaran hendaklah di emailkan kepada order.byfatinsuhana@gmail.com di atas budi bicara.
  17. Semua item akan dihantar kepada Pos Laju pada setiap hari bekerja. Pesanan yang dibuat sebelum 2petang akan dipos pada hari yang sama. Manakala pesanan yang dibuat selepas 2petang akan dipos pada keesokan hari bekerja.

 

KELEBIHAN MENJADI DROPSHIP BYFATINSUHANA

 

  1. Dropship akan menikmati potongan sehingga 5 % - 15% iaitu dari RM3 – RM15 untuk setiap item yang dijual tetapi komisyen akan berubah dari masa ke semasa atas promosi tertentu.
  2. Tidak perlu modal.
  3. Tidak perlu menyimpan stok produk.
  4. Buat pesanan dahulu sebelum pelanggan membuat pembayaran. Tempoh bayaran dan notis akan diberikan dalam masa seminggu sebelum pesanan dibatalkan secara automatik.
  5. Berpeluang berniaga sambil berdakwah. Promosikan pakaian yang menutupi aurat.
  6. Kami akan iklankan nama anda sebagai Dropship kami di laman sosial rasmi BYFATINSUHANA.
  7. Kami akan berkongsikan tip –tip untuk meningkatkan jualan semasa ke semasa dengan setiap pengedar agar lebih proaktif dalam jualan.
  8. Mendapat keizinan menggunakan info, gambar, catalog dan sebagainya di website, facebook dan instagram BYFATINSUHANA untuk tujuan promosi.
  9. Keahlian seumur hidup ( mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan. ) Tiada yuran bulanan atau yuran tahunan dikenakan.
  10. BYFATINSUHANA hanya menerima tempahan daripada dropship melalui website rasmi sahaja.

 

Kepada yang berminat untuk menyertai dropship Byfatinsuhana, anda boleh terus mendaftar dengan klik butang di bawah dan buat pembayaran.